Republik Yaman
IBU NEGARA:
Sana’a - dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut.
BANDAR-BANDAR UTAMA:
Hudaidah, Hadhramaut,
Bahasa Arab. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua digunakan secara meluas terutama dalam sektor perniagaan.
AGAMA RASMI:
Islam - Ahli Sunnah wa Jama’ah, terdapat juga Syi’ah Zaidiah terutama di kawasan Sana’a dan mempunyai empat mazhab yang masyhur.
BILANGAN PENDUDUK:
23 juta orang (tahun 2008) dan pertambahan penduduk pada kadar 3.34% setahun. Majoriti penduduknya berbangsa Arab. Sedikit berbangsa Asia Selatan dan Afrika. Penduduk dibahagikan kepada identiti kabilah. Bagi kebanyakan orang Yaman, identiti kabilah adalah tersangat penting. Ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pergunungan di utara, di mana Syeikh-syeikh dari dua gabungan kabilah yang besar iaitu, kabilah Hasyeed dan Bakil boleh mengerahkan pasukan pertahanan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan kedua-dua kabilah tersebut.
KERAJAAN DAN PENTADBIRAN:
Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Ali Abdullah Saleh serta dibantu oleh Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri. Republik Yaman telah diwujudkan dalam tahun 1990 iaitu setelah penggabungan antara Republic Arab Yemen (Yaman Utara) dan People's Democratic Republik of Yemen (Yaman Selatan). Yaman terdiri daripada 19 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon. Wilayah- wilayah tersebut adalah Sana’a, Aden, Taiz, Hudaidah, Hadhramaut, Sa'adah, Jouf, Ma’arib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha’, Dhamar, Ibb, Lahaj, Mahwit, Hajjah, Amran dan Dhala.
WAKTU PEJABAT:
Waktu bekerja di pejabat-pejabat kerajaan ialah dari jam 8 pagi hingga 2 petang. Bagi sektor swasta waktu pejabatnya ialah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan dari jam 4 petang hingga 7 malam. Cuti mingguan ialah pada hari Khamis dan hari Jumaat. Bagaimanapun kedai-kedai dan pasar-pasar dibuka dari pagi hingga awal malam.
MATA WANG:
Riyal Yaman, nilai pertukaran YR200.00 = USD1.00 (Mac 2009). Kejatuhan matawang Riyal Yaman sejak Mac 2008, berbanding dengan USD ialah sekitar 0.25%.
KEDUDUKAN GEOGRAFI:
Republik Yaman terletak di pinggir Barat–Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia ). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 darjah Utara – 20 darjah Utara dan garis bujur 41 darjah Timur – 54 darjah Timur. Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat.
Ia dipisahkan dari Afrika oleh selat yang sempit iaitu Bab Al Mandab. Selat ini menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden. Bab Al Mandab ini mempunyai kedudukan yang paling strategik iaitu sebuah kawasan laluan perkapalan yang paling aktif di dunia. Republik Yaman mempunyai 120 buah pulau, kebanyakannya di Laut Merah. Di antaranya ialah Socotra yang terletak di Lautan Hindi, Perim yang terletak di Bab Al Mandab dan Kamaran yang terletak di Laut Merah. Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian: pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan.
EKONOMI:
Negara ini mempunyai dasar ekonomi berasaskan ekonomi bebas. Iaitu ekonominya ditentukan oleh mekanisma pasaran. Dasar kerajaan adalah menggalakkan penglibatan sektor swasta dengan membenarkan mereka memainkan peranan utama dalam proses pembangunan negara dan galakan ekonomi.
Dasar ekonominya yang memberi tumpuan kepada pemilikan dalam sektor swasta, yang mana tidak boleh diganggu-gugat kecuali untuk kepentingan awam, itupun dengan membayar pampasan yang adil dan saksama mengikut undang-undang. Galakan-galakan dalam akta pelaburannya telah melahirkan banyak peluang-peluang pelaburan dan insentif kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing dalam semua sektor ekonomi.
SUMBER-SUMBER TEMPATAN
Minyak, gas, ikan, garam batu, batu marmar, sedikit arang, emas, besi dan tembaga.
MASA:
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu tiga jam lebih awal daripada
KELUASAN:
527,970 km persegi. (203,850 batu persegi)
KETINGGIAN:
Mencapai 3,700 meter atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.
IKLIM:
Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah-wilayahnya. Pada musim sejuk, suhu di kawasan pergunungan mencatat -14 darjah Calcius hingga –15 darjah Calcius manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk.Pada musim panas suhu di kawasan pengunungan mencatat 19 darjah Calcius hingga 22 darjah Calcius. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah mempunyai suhu panas dan lembab mencapai 42 darjah Calcius hingga 45 darjah Calcius.Pada musim luruh pula semua kawasan menerima hujan.
PERATURAN MASUK:
Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Kedutaan atau Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak terdapat kedutaan atau Konsul Yaman, pelancong-pelancong boleh mendapatkan visa transit untuk 96 jam dari tempat berlepas. Setelah tiba di Yaman, pelancong-pelancong akan diberi permit untuk tinggal di Yaman selama 30 hari. Dan adalah menjadi kemestian untuk mendaftar di Balai Polis dalam masa 2 minggu setelah tiba di Yaman. Tempoh maksimum menetap adalah 90 hari. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan. Rakyat
PINTU MASUK:
Republik Yaman boleh dimasuki melalui udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa di Sana’a,
SEJARAH
Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Di antaranya ialah “Arab Felix” dan di dalam lagenda lama Yaman dikenali sebagai Negara Selatan, Negara Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna.
Kerajaan yang terawal dalam sejarah Yaman ialah kerajaan Saba (Sheba). Kerajaan ini telah ditubuhkan pada kurun ke 10 sebelum masihi dan diperintah oleh Puteri Balqis. Pada masa itu, ia adalah sebuah kerajaan yang besar dan mewah dan juga terkenal dengan kecekapan di bidang pertanian terutama sekali dalam sistem pengairannya yang maju. Kerajaan ini berpusat di Ma'rib. Pada masa yang sama, jauh di selatan dan timur (yang mana selepas itu dikenali sebagai Yaman selatan) diperintah oleh Kerajaan Qataban dan Kerajaan Hadhramaut yang terlibat dalam perdagangan yang intensif. Selepas itu Yaman diperintah oleh kerajaan beraja Himyar. Kerajaan ini merupakan kerajaan agung beraja terakhir sebelum Islam. Ia mula memerintah dari kurun pertama hingga 500 masihi.
TEMPAT- TEMPAT MENARIK
BANDAR SANA’A LAMA (BABUL YAMAN)
Pintu gerbang Kota Babul Yaman
Merupakan satu-satunya
Masjid ini telah dibina dalam tahun ke 6 hijrah. Masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina di Yaman dan yang ketiga dalam sejarah Islam. Ianya dibina setelah masyarakat Yaman memeluk Islam secara beramai-ramai. Pada masa itu Nabi Muhammad SAW telah menghantar seorang sahabat iaitu Wabr bin Yuhannas Al-Khaza’i sebagai utusan untuk menyampaikan dakwah kepada penduduk Yaman dan juga mengarahkannya untuk membina sebuah masjid di Sana’a. Pada masa lalu Masjid Agung ini telah menjadi tempat peribadatan, menuntut ilmu, tempat penyelesaian pertikaian dan pertukaran idea-idea politik
Baginda telah menentukan bentuk binaan masjid tersebut, kedudukannya dan arah kiblat. Baginda telah mengarahkan supaya arah kiblatnya menghala ke Bukit Dhin yang jaraknya terletak lebih kurang 30 km dari Sana’a. Sedangkan pada waktu itu Baginda tidak pernah memijak kaki di bumi Sana’a.
Pada hari ini, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani seorang Ulamak dan Rektor Universiti Al-Iman yang terkenal dengan kajian Sains Al-Quran telah membuktikan bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda SAW adalah tepat. Beliau telah membuktikannya dengan penggunaan satelit bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda Nabi SAW adalah betul-betul tepat dengan pintu Ka’abah di Mekah Al-Mukarramah. Maka oleh kerana itulah masyarakat Yaman menganggap ianya sebagai Masjid yang paling afdal di Yaman.
Video: Rujuk kepada video link Kiblat Masjid Jami'e Kabir-Mukjizat Nabi SAW
yang dibina oleh para sahabat pada tahun 6 hijrah
KEBUN TERBAKAR
Tempat ini dahulunya merupakan sebuah kebun yang subur. Tetapi sekarang ianya sudah menjadi
MASJID PRESIDEN YAMAN
Pembinaan masjid ini telah bermula pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada bulan September 2008. Ianya berharga lebih kurang USD60 juta. Masjid ini mempunyai
Keseluruhan luas bangunan masjid ini ialah 27300 meter persegi. Ruang utama untuk solat mempunyai keluasan 13596 meter persegi dan berkapasiti untuk menampung sebanyak 44000 orang jemaah pada satu-satu masa. Ini termasuk ruang solat untuk muslimat. Masjid ini juga mempunyai sepuluh buah pintu (utara-barat) dan
Masjid ini juga mempunyai sistem penghawa dingin pusat dan alat-alat pemadam api yang canggih. Dan begitu juga sistem audio visualnya yang berteknologi tinggi.
Rekaan seni bina dalaman masjid ini menggabungkan kesenian Yaman dan kesenian klasik Islam. Pembinaannya menggunakan bahan binaan tempatan yang bersesuaian dengan cuaca panas dan sejuk. Pakar-pakar seni bina antarabangsa telah menyatakan bahawa ianya merupakan salah sebuah masjid yang terindah di semenanjung tanah Arab. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke masjid tersebut menjangkakan bahawa masjid ini akan menjadi pusat kebudayaan utama Negara Yaman di masa akan datang.
WADI DZHAH:
Wadi Dzhah
DARUL HAJAR:
Sebuah pekan yang terletak di kaki bukit Kawkaban. Ketinggiannya melebihi 2300 meter dari paras laut. Masyarakat di pekan ini amat peramah dan menghormati masyarakat luar yang datang melancong ke tempat mereka. Antara keistimewaan pekan ini ialah mempunyai masjid-masjid lama dan antara yang tertua di Yaman.
KAWKABAN:
Kawkaban merupakan antara kawasan yang tertinggi di sekitar Sana’a. Mempunyai ketinggian mencecah 2800 meter dari paras laut. Kawkaban juga merupakan antara bandar lama dan mempunyai sejarah yang banyak. Antara sejarah Kawkaban ialah pernah menjadi ibu negara bagi Dinasti Bani Sharaf Al-Din pada kurun ke 15. Kawkaban juga pernah dikenali sebagai tempat para seniman berkarya pada ketika itu. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh pelancong di sini ialah Highking (mendaki bukit).
KEBUN QAT:
Qat ialah sejenis daun yang dikunyah oleh sebahagian besar penduduk Yaman. Golongan anti dadah mengatakan ia merosakkan masyarakat tetapi kebanyakan pengunyah-pengunyah qat mengatakan sebaliknya. Malah mereka berbangga dengan mengunyah qat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan qat ini dikunyah oleh 80% kaum lelaki, 40% wanita dan 15% kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Dalam istilah saintifik qat dikenali sebagai “Catha edulis”. Ia mengandungi bahan kimia “cathinone”. Mengikut pengunyah qat ia mempunyai kesan ketahanan mental, mengurangkan rasa lelah, runsing dan mengurangkan selera makan. Sebahagian dari kajian saintifik menunjukkan bahawa qat boleh mendatangkan perasaan agresif. Daun qat hanya boleh mendatangkan kesan dalam beberapa hari selepas dipetik dari pokoknya. Ia paling berkesan bila dikunyah pada hari ia dipetik. Kebiasaannya qat ini digunakan untuk tujuan sosial di mana masyarakat Yaman akan berkumpul dalam mafraj (bilik panjang) di tingkat paling atas sesebuah rumah dan menghala ke arah pemandangan kota atau di tingkat paling bawah sesebuah rumah dan menghala ke arah taman. Biasanya Qat dikunyah selepas waktu makan tengahari. Pengunyah qat akan mengambil masa berjam-jam untuk mengunyah. Pada masa yang sama pengunyah-pengunyah qat akan duduk berborak bersama pengunyah-pengunyah lain. Sesetengah pelajar mengunyah qat supaya dapat menumpukan perhatian pada pelajaran terutamanya pada musim peperiksaan. Oleh kerana qat boleh mengurangkan selera makan, maka sesetengah wanita Yaman mengunyah qat untuk tujuan diet. Qat juga dikatakan boleh merehatkan badan dan melegakan fikiran. Sebahagian dari ibu bapa membiarkan anak-anak mereka mengunyah qat supaya anak-anak tersebut tidak merayau di jalanan dan terlibat dengan aktiviti pengambilan dadah atau alkohol. Walaupun sesetengah orang berpendapat qat itu tidak baik untuk kesihatan tetapi yang lain-lain berpendapat ia dapat menambah kekuatan rangsangan seks lelaki. Qat yang berkualiti tinggi dikatakan boleh membuat seseorang lelaki kuat seperti kerbau ketika melakukan seks. Kebanyakan penduduk Yaman membelanjakan separuh dari pendapatan mereka untuk membeli daun qat. 60% daripada tanah-tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam digunakan untuk menanam qat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengatakan bahawa qat boleh menyebabkan seseorang pengunyah kurang aktif. Badan tersebut menganggarkan bahawa purata masa terbuang untuk menguyah qat adalah sebanyak 1460 jam dalam setahun bagi setiap penguyah.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
MOHAMAD ZAMHARI BIN BERAWI
General Manager,
Malaysian Berawai Tourism Restaurant,
Sana'a,
Handphone no : +967-712168079
Fax no: +967-01467986
e-mail address : ziarahyaman@gmail.com