Saturday, April 18, 2009

Sunday, April 12, 2009

PENGHUBUNG DUA BENUA: JAMBATAN DJBOUTI-YAMAN



Rancangan untuk membina jambatan dari
Djibouti ke Yaman, dicadangkan oleh Syeikh Tariq Bin Laden. Jambatan ini menghubungkan dua benua iaitu Yaman di benua Asia dan Djibouti di benua Afrika. Dalam pelan perancangan awal, jambatan ini akan mempunyai dua bandar moden yang akan dibina disebelah menyebelah jambatan tersebut. Pembinaan jambatan ini hanya akan bermula setelah terbinanya kedua-dua bandar tersebut. Kedua-dua bandar ini mempunyai taraf zon ekonomi bebas. Menurut Syeikh Tariq, walaupun kedua-dua bandar ini mempunyai struktur binaan ala barat tetapi rohnya ala Arab. Jika pembinaan jambatan ini menjadi kenyataan, ia akan menyemarakkan ekonomi di kedua-dua negara terutama dalam sektor pelancongan.

Perjalanan di atas jambatan tersebut akan menjadi perjalanan yang paling jauh di dunia bagi struktur seperti ini. Panjang jambatan ini lebih kurang 28.5 km. Fasa pertama akan menghubungkan Djibouti di benua Afrika ke Pulau Perim di wilayah Yaman. Ini meliputi 13 km suspension bridge dan 8 km girder bridge. Fasa kedua, pembinaan akan bermula dari Yaman ke Djibouti dan mengunjur ke Laut Merah. Ini termasuk jarak 3.5 km sambungan ke Pulau Perim dan 4 km sambungan ke daratan ke western channel. Di antara sebab-sebab pembinaan fasa pertama dilakukan di Djibouti ialah kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di negara tersebut.

Kos pembinaan jambatan sahaja dianggarkan melebihi USD20 billion, bergantung kepada rekabentuk, organisasi projek dan pembiayaan. Pembinaan jambatan ini dijangka mengambil masa di antara tujuh ke sembilan tahun. Di sebelah menyebelah jambatan tersebut akan dibina bandar-bandar bebas (independent cities). Kedua-dua bandar tersebut mempunyai keluasan 600 km persegi atau 6 kali keluasan Paris. Kedua-dua bandar ini akan dikenali sebagai Madinah An-Nur (City of Light atau Bandar Cahaya) dan mempunyai status bebas cukai yang mempunyai peraturan-peraturan tersendiri dan tidak terikat dengan negara masing-masing. Madinah An-Nur akan menyaingi Dubai dalam banyak sudut, terutama sekali kedudukannya yang strategik di Bab Al-Mandab, iaitu sebuah selat yang mana menjadi laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia.

Jambatan dan kedua-dua bandar ini akan dibangunkan oleh syarikat Bin Laden yang berpusat di Dubai iaitu Middle East Development Company. Dengan pembinaan jambatan ini akan menjadikan Yaman sebagai pintu masuk utama ke Asia dan Djibouti pintu masuk utama ke Afrika. Jambatan ini akan memberi akses kepada pedalaman Afrika dan akan melahirkan sistem yang akan membolehkan barangan keluaran Afrika diagih ke bahagian Asia dengan mudah. Pada masa yang sama, ini akan memudahkan barangan dari Asia seperti minyak, gas dan lain-lain keluaran sampai ke Afrika.

Setelah siapnya pembinaan jambatan ini, pakar ekonomi menganggarkan bahawa ianya akan melahirkan tidak kurang dari 2 juta peluang pekerjaan di kedua-dua negara tersebut.

Kos keseluruhan untuk membina jambatan ini dianggarkan USD160 bilion dalam pelaburan modal. Syeikh Tariq menasihatkan pelabur-pelabur yang terlepas peluang untuk melabur di Dubai supaya tidak terlepas peluang untuk melabur di Yaman dan Djibouti.